Followers

Friday, December 14, 2012

Awak soal,saya jawab..check it out!

Hye kawan-kawan..


Kebiasannya sebelum kita memiliki dan ingin memiliki sesuatu, kita akan dihujani dengan
1001 soalan yang bermain di minda kita.. Apa benda tu? Apa kebaikan benda tu? Ok ke
benda tu? Macam mana rupa bentuk benda tu? Selamat ke benda tu? Dan bla bla bla bla.....

So sama lah juga dengan PB Korset ni..memang ramai yang cakap PB ni cantik  tertarik kau
memang DEBOM..tapi dalam masa yang sama was-was atau kata nama lain ialah ragu-ragu
dengan penggunaan PB ni..

Jangan bimbang!..Segala persoalan korang akan terjawab di sini.
Lets check it out!


1) Adakah pemakaian Premium Beautiful akan mengganggu peredaran darah dan kesihatan seseorang? Adakah ia akan mengakibatkan perubahan bentuk badan?
Tidak. Pakaian dalam pembentukan badan Premium Beautiful ini diperbuat daripada fabrik semula jadi seperti fiber, nilon, tetron serta fabrik lain dan disulami dengan cahaya infra merah jarak jauh (far infrared ray) yang direka khas berdasarkan kajian dari bidang ergonomi. Ia menggalakkan peredaran darah dan kadar metabolisme badan. Selain itu, fabriknya mempunyai kuasa penyerapan yang baik, telap udara dan sesuai untuk pemakaian seharian. Pemakaian Premium Beautiful tidak akan menjejaskan kesihatan dan peredaran darah seseorang, malah pemakaian untuk jangka masa panjang dapat menghasilkan kontur badan yang menarik.


2) Adakah pemakaian Premium Beautiful akan menyebabkan badan berasa panas?
Pakaian dalam pembentukan badan Premium Beautiful ini dihasilkan melalui teknologi tinggi yang menggunakan fabrik semula jadi seperti fiber, nilon dan tetron yang mempunyai kuasa penyerapan yang baik dan telap udara. Maka, pemakaian Premium Beautiful pada hari panas tidak akan menyebabkan badan berasa panas, malah anda akan berasa selesa di samping memiliki bentuk badan yang menarik.

3)Sekiranya kita ingin memakainya selepas bersalin, bilakah masa yang sesuai untuk mendapatkan ukuran badan?
Anda dicadangkan supaya membuat ukuran badan pada bulan ke-6 hingga 7 semasa mengandung kerana selepas bersalin, walaupun bentuk badan belum pulih kepada bentuk asal, namun ia adalah lebih kurang sama dengan bentuk badan semasa anda mengandung pada bulan ke-6 hingga 7. Maka, perbezaan ukuran badan adalah tidak besar. Bagi mereka yang mengandung lebih daripada 8 bulan, anda boleh membuat ukuran badan pada hari ke-3 selepas bersalin. Selain itu, bagi mereka yang melahirkan bayi secara normal, Premium Beautiful boleh dipakai selepas 7-10 hari selepas bersalin. Manakala, bagi mereka yang melahirkan bayi melalui pembedahan, ia hanya boleh dipakai kira-kira selepas 10-14 hari selepas bersalin. Masa keemasan bagi wanita selepas bersalin untuk menguruskan badan adalah dalam masa enam bulan pertama. Mereka yang memakainya lebih awal akan memperolehi kesan baik dalam masa singkat. Ia bukan sahaja dapat membantu memulihkan bentuk badan, malah turut dapat mengembalikan organ dalaman rahim ke tempat asal.

4) Berapa lamakah kita akan melihat hasilnya?
Pemakaian pakaian dalam pembentukan badan ini merupakan satu proses yang konsisten. Biasanya, kita akan melihat hasil sejurus selepas memakainya. Namun, sekiranya anda ingin mengekalkan bentuk badan, anda perlu memakainya secara konsisten selama 1-6 bulan berdasarkan keadaan badan anda. Pada bulan pertama, lemak akan mula beralih. 3 bulan kemudian, lemak akan beralih ke tempat asalnya dan 6 bulan kemudian, lemak akan kekal di tempat asal. Bagi mereka yang mula-mula memakai Premium Beautiful, mereka mudah berasa ketat dan tidak selesa di mana hari pertama hingga hari ke-15 merupakan tempoh penyesuaian. Selepas melalui tempoh tersebut, anda akan berasa semakin selesa.

5) Mengapakah kita perlu memakai brassiere Premium Beautiful? Bolehkah kita hanya memakai long girdle?
Lemak mudah terbentuk di bahagian bawah punggung serta bahagian dalam dan luar paha. Sekiranya kita mengabaikan bahagian-bahagian ini, lama-kelamaan lemak akan terbentuk. Jika anda hanya memakai long girdle untuk jangka masa panjang, lemak mudah terbentuk di bahagian perut dan paha luar , maka kontur badan akan menjadi tidak menarik.

6) Adakah long brassiere harus dipakai bersama dengan long girdle dan waist nipper?
Long brassiere dan long girdle Premium Beautiful merupakan pakaian dalam pembentukan badan yang berfungsi untuk menyelaraskan kontur-kontur di bahagian dada, pinggang, perut, pinggul, paha dan keseluruhan badan. Bagi waist nipper pula, ia dapat menyelaraskan kontur dada dan perut, meningkatkan kedudukan dada dan menjadikannya lebih berisi serta memperbaiki postur seseorang. Semasa anda memakai pakaian yang ketat, waist nipper diperlukan untuk memenuhi ruang antara brassiere dan long girdle untuk membentuk pinggang yang ramping dan seterusnya memperbetulkan postur badan. Maka, mereka yang memakai long brassiere, waist nipper dan long girdle pada masa yang sama dapat membentuk kontur badan yang menarik.

7) Long girdle Premium Beautiful sangat ketat dan susah untuk dipakai, apakah cara yang betul untuk memakainya?
Pertama, anda harus memilih saiz long girdle yang sesuai untuk anda. Untuk memastikan keselesaan anda apabila memakainya untuk jangka masa yang panjang dan membentuk kontur bahagian pinggul, perut dan paha yang cantik. Namun, cara pemakaian long girdle tidak sama dengan cara anda memakai seluar dalam di mana anda terus menariknya. Tindakan ini akan merosakkan fabrik long girdle dan menyebabkan bentuk pinggul berubah.

Cara pemakaian long girdle yang tepat adalah seperti berikut:
  1. Pakaikan seluar dalam.
  2. Tarik dengan perlahan sehingga ke bahagian pinggang, kemudian bengkokkan kaki dan tarik. Selaraskan seluar dalam.
  3. Tumpukan lemak yang mengalir ke sekitar bahagian paha ke dalam cawan pinggul.
Ingat! Sekiranya tangan anda tidak dapat memasuki long girdle, ini bermakna ia terlalu ketat.

8) Saya ingin membeli Premium Beautiful Korset. Bagaimana cara pembayarannya?

Kami menerima bayaran secara tunai dan kredit kad. Tetapi kepada sesiapa yang berminat untuk membuat pembayaran secara ansuran bulanan, kami mengesyorkan "RHB Easy Installment Plan". Ianya sangat mudah, cepat dan caj bayaran yang rendah. Ini adalah jadual bayaran balik, ianya serendah RM58/sebulan.

Ok,bye! ^___^

No comments:

Post a Comment