Followers

Saturday, March 16, 2013

Info sihat-Gangguan postur badan


Salam ahad semua, mulakan hari dengan ceria dan bertenaga yer! Alhamdulillah..

" Ada ketikanya kesakitan itu hadir  seumpama tikaman mata pisau. Ataupun rasa sengal yang berpanjangan atau berulang-ulang di bahagian belakang tubuh. Ia amat meresahkan kita, khusunya apabila bekerja dalam keadaan duduk yang lama. Kajian yang dilakukan American Journal of Epidemiology mendapati duduk terlalu lama boleh meningkatkan risiko  sakit belakang, atritis, obesiti, kerosakan postur badan, tekanan darah rendah dan penyakit jantung" - Sumber Pancasihat, Mingguan Malaysia 17.03.13-


Sangat tertarik dengan info masalah postur badan ni, sebab diri sendiri memang mengalami masalah postur badan yang agak membongkok. Dengan adanya info ni, sedikit sebanyak dapat membantu bagaimana untuk mengatasi dan membendung masalah sakit belakang. Betul, kalau dah menghabiskan masa 8-10 jam duduk dihadapan komputer, menyiapkan kerja, belum campur lagi masa dalam kereta pergi balik kerja, memang boleh alami sakit belakang ni..Kadang kadang stress! Tak selesa nak buat kerja..Duduk tak kena, berdiri lagi la tak kena..


Panduan memilih kerusi sangat penting kerana sakit otot ni berpunca daripada postur duduk tidak betul dalam tempoh yang lama. Akibatnya, otot pada bahagian belakang berasa sakit disebabkan tekanan. Seeloknya pilihlah kerusi dan meja yang yang tidak terlau tinggi dan tidak terlalu rendah..(Tapi biasanya meja dan kerusi kat ofis tu memang dah tersedia, boleh ke pilih-pilih? Pihak pengurusan mana kisah pun meja dan kerusi tu sesuai ke tidak dengan ketinggian pekerja dorang,betul x? hehe)


Okey, maknanya pemilihan kerusi pun memainkan peranan la kan. Macam nana sendiri, nana menggunakan Waist Nipper Premium  Beautiful Corset sebagai bantuan masalah ni. Sebab sebelum ni, memang teruk juga alami sakit belakang dan postur membongkok..Bila pakai waist nipper, alhamdulillah semakin pulih. Produk ni bukan sahaja dapat mengempiskan perut, mengecilkan pinggang malah berkesan untuk masalah postur badan. Rekaan bentuk waist nipper ni boleh membantu membentuk postur badan yang menarik bila pakai dan selepas pakai. Mampatan yang tetap ke atas abdomen badan memberi keselesaan kepada pemakai. Penggunaan kain kapas yang sangat selesa pada bahagian pinggang dan yang paling penting ianya meresap peluh. Tak panas pun bila pakai. So hari hari pergi kerja, duduk lama-lama pun dah tak bongkok. Sakit pun hilang. Alhamdulillah sangat berkesan. Kawan-kawan pun boleh cuba, feel free untuk hubungi nana untuk info lanjut


Tapi selain daripada tu, kita boleh amalkan sedikit senaman ringan untuk kelegaan otot khusunya bahagian belakang. Curi curi je masa 5-10 minit untuk buat senaman kecil untuk gerakkan sendi-sendi dan otot-otot kita. Goyang kanan, goyang kiri..hehe..Tak lama pun, kejap pun dah memadai..Insyaallah sama-sama kita amalkan untuk kesihatan kita yang berpanjangan..Prevention is more better than cure  ^___^

" Amalkan gaya hidup sihat..Kita sihat, keluarga sihat, warga sejahtera"




No comments:

Post a Comment