Hai!..Assalamualaikum...
Malam ni tergerak hati nak berkongsi sesuatu dengan kwn2 semua..Perihal kecantikan hakiki wanita..Artikel ni nana ambil dari sebuah rencana yang membincangkan topik kecantikan luaran dan dalaman bagi seorang wanita..Sangat menarik dan sangat sesuai untuk dikongsikan bersama..
Renungkan...
"Apabila ditanyakan, apakah kecantikan hakiki wanita, maka bermaknanya ada kecantikan palsu. Maka mula perlu disebut ialah apakah itu kecantikan? Apa yang dinilai sebagai kecantikan adalah datangnya daripada deria manusia itu sendiri. Justeru kalau disebut pancaindera manusia sedemikian, bermakna keindahan pada mata, telinga, hidung, lidah dan jari. Lanjutan daripada itu, kecantikan merujuk pada keindahan, kemerduan, keharuman, keenakan dan kelunakan. Seterusnya, maka dapat difaham bahawa apabila disebut kecantikan, ia adalah apa yang sedap dipandang mata, sedap didengar telinga, sedap dihidu, enak dirasa dan lembut disentuh. Maknanya kecantikan itu adalah kesenian seperti seni lukis, seni muzik, seni haruman, seni masakan dan seni tekstil bagi merujuk kelembutan kain, umpamanya.Sementara kesihatan mental pula bukan saja berada dalam keadaan waras tetapi mempunyai personaliti terpuji seperti mempunyai budi bahasa yang baik. Maka menambah kepada kecantikan wanita ialah kepandaian, kebijaksanaan dan bakat, bermakna termasuk kejayaan dalam kerjaya dan keluarga. Begitu juga keupayaan dalam kegiatan amal sosial oleh seseorang wanita menambahkan kecantikannya. Tetapi apakah kecantikan hakiki wanita terletak pada agamanya, iaitu iman, amal ibadahnya dan di atasnya ialah akhlaknya dalam masyarakat. "Namun begitu, seringkali apabila disebut kecantikan, maka terus difikirkan kepada keindahan dari sudut visual. Maka apabila disebut kecantikan wanita, maka terus dirujuk kepada kejelitaan. Teras pada kejelitaan adalah rupa parasnya. Maka termasuklah komponen untuk kecantikan rupa paras ialah bagaimana matanya, pipinya, hidungnya, bibirnya dan lain-lain perkara pada wajahnya. Tetapi tentunya kecantikan wanita bukan saja pada wajahnya. Keseluruhan tubuh badannya menyimpan kecantikannya. Daripada rambutnya di atas hinggalah ke hujung jari kakinya. Selain itu, kecantikan wanita adalah juga meliputi kemerduan suaranya, keharuman bau tubuhnya, kelembutan kulitnya dan kelazatan badannya. Itu dari rupa fizikal. Tetapi wanita tidak dirasakan cantik kalau ia tidak sihat. Maka kecantikan wanita mesti berasaskan kepada kesihatan fizikal dan mental. Kesihatan fizikal bagi wanita bukan saja dari segi bebas penyakit tetapi subur dan mampu melahirkan anak-anak yang sihat.
(^__^)
Alhamdulillah..tersangatlah indah ciptaan Tuhan..
Ya Allah, jadikanlah aku seorang wanita solehah..Yang tidak terpesona dengan buaian dunia..Kerana aku mengimpikan syurga Mu Ya Allah...
Alhamdulillah..tersangatlah indah ciptaan Tuhan..
Ya Allah, jadikanlah aku seorang wanita solehah..Yang tidak terpesona dengan buaian dunia..Kerana aku mengimpikan syurga Mu Ya Allah...
No comments:
Post a Comment